Saturday 9 April 2011

Sambutan Gb Ke Skkk2

   Tanggal 07 April 2011,aku memulakan langkah kakiku ke sekolah baru secara rasmi   dengan penuh semangat yang membara.Ternyata sambuntan yang diberikan sangat menggalakkan.Rasa diri ini sangat dihargai oleh seluruh warga Skkk2.Aku disambut dengan paluan kompang dan dihantar oleh romboongan sekloah lamaku dengan membawa 5 buah dulang sebagai ole-ole untuk sekolah baruku.Berpisah dengan warga SK.Sri Melor rasanya sangat memilukan lantaran aku di sana sudah begitu mesra dan serasi dengan warga di sana.Selama lebih kurang empat tahun.Aku memulakan kerjayaku sebagai guru besar di sana pada detik 16 Jun 2007.Tiba saat perpisahan ini,rasa begitu pilu dan terharu sekali.
       Aku disambut dalam majlis yang serba sederhana,namun begitu meriah dan terima kasih tidak terhingga aku ucapkan pada jawatankuasa sambutan Skkk2 yang merai kehadiranku sebagai ketua mereka di sini.Sebagai seorang guru besar,aku berjanji akan mengisi ruang-ruang yang kosong di hati mereka setelah kehilangan guru besar mereka yang telah tamat perkhidmatannya pada 31 March 2011.Aku berjanji akan menjadi seorang pemimpin yang baik dan akan sentiasa membantu mereka dalam menjayakan visi dan misi sekolah.Semoga Skkk2 di bawah pimpinanku bersama barisan tenaga pengajar dan seluruh kakitangan Skkk2 akan memperolihi kejayaan yang cemerlang dalam dunia pendidikan.
Rombongan dari Sk.Seri Melor yang menghantar kedatanganku ke sklh baru...
disambut oleh guru-guru dan murid-murid Skkk2
beramah mesra dengan murid-murid
Ucapan pertama semasa diraikan dalam majlis "Selamat Datang GB Baru"
  

No comments:

Post a Comment