Saturday 9 April 2011

Perhimpunan Pertama Di Skkk2

 Detik 10 April  2011 merupakan hari pertama aku bertugas secara rasmi di Skkk2.Dimulakan dengan perhimpunan di sebelah paginya.Dalam perhimpunan tersebut,aku begitu teruja menyaksikan persembah nyanyian dalam Bahasa Inggeris oleh murid-murid Tahun 2.Mereka begitu fasih menyebut lirik dalam bahasa Inggeris.Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan ketua panitianya Puan Ariza.Dalam perhimpunan itu juga sempat aku menyaksikan bagaimana guru agama,Puan Asliza Hassan bertutur dalam bahasa Arab dengan murid-murid di sini.
       Dalam ucapan pertamaku di hadapan murid-murid di sini,aku memperkenalkan diriku dan juga sedikit sebanyak mengenai biodataku kepada mereka.Gembira melihat murid-murid memberi perhatian pada apa yang sedang aku perkatakan.
berucap dalam perhimpunan pertama
       Selepas sesi perhimpunan selesai,aku meminta agar Penyelaras Bestari sekolahku mengikut aku mengambil gapmbar sekitar kawasan sekolah.Bukannaya apa.Hanya sekadar meninjau kawasan sekolah yang baru aku kmepalai ini.Sekurang-kurangnya dapat aku lihat dengan mata dana kepalaku sendiri apa yang berlaku di persekitaran kawasan sekolah yang baru aku terajui ini.Semoga dapat kubawa perubahan kepada Skkk2 ke arah yang lebih baik kerana itulah jua harapan mantan Guru Besar Tuan Hj.Che Zaudin sebelum beliau melangkahkan kakinya ke alam persaraan.
 ucapan pertama GB

No comments:

Post a Comment